Kembara Korban

 Seringkali kami mendapat pertanyaan daripada peserta tentang apa itu Kembara Korban. Ia bertitik tolak daripada korban yang kita buat saban tahun setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji. Tiba sahaja hari berbahagia itu, kita akan raikan dengan salah satunya melakukan Sunnah nabi Ibrahim Alaihissalam iaitu melakukan sembelihan Korban sama ada sembelihan lembu atau kambing. Dan itulah yang paling afdhal. Menyembelih daging korban sendiri, menyaksikannya dan berdoa dengan sebaik-baik doa. Dan alhamdulillah, walaupun bukan semua tempat tetapi majoriti hampir semua masjid dan surau di Malaysia melaksanakan sembelihan Korban. Tidak kurang yang tidak berkesempatan lantaran kuota penuh. Masing-masing berebut ganjaran yang Allah sebutkan dalam al-Quran :

“ Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah solat kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

(Al-Kauthar 108 : 1-2)

“ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.”

(Al-Hajj 22 : 3)

Dan hadith Nabi :

Maksudnya: “Bangun dan pergilah ke tempat penyembelihan korban kamu dan saksikanlah sendiri kerana dengan titisan darahnya yang pertama akan diampunkan dosa kamu yang terdahulu. Fatimah bertanya: Wahai Rasulullah! Ini adakah untuk kita ahli Bait sahaja atau untuk kita dan orang Islam keseluruhannya? Jawab Rasulullah SAW: Bahkan untuk kita dan orang Islam keseluruhannya”.

Riwayat al-Hakim di dalam al-Mustadrak (7525)

(Sumber : http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/edisi-haji-korban/1318-irsyad-al-fatwa-haji-dan-korban-siri-14-hukum-mewakilkan-binatang-korban-untuk-disembelih)

Namun, dengan bilangan umat Islam di Malaysia… jumlah sembelihan Qurban diperhatikan masih lagi di bawah tahap kesedaran yang sepatutnya. Dan di sinilah peranan kita masyarakat untuk memberi kesedaran. Tentang sebaik-baik ganjaran yang sedang kita lepaskan dan abaikan. Sebenarnya satu kerugian yang sangat besar.

Alhamdulillah, dengan tumbuhnya pelbagai syarikat yang menawarkan perkhidmatan Korban dan Akikah, mudah-mudahan dapat membantu lagi penyebaran isu kesedaran tentang ibadah Korban mahupun Akikah yang juga turut dipandang ringan. Ada yang melaksanakan sembelihan di dalam dan luar negara bergantung kepada kemampuan syarikat dalam menggerakkan peranan masing-masing. Dan salah satunya adalah EZ Qurban Sdn Bhd. Ibadah sembelihan dilaksanakan di luar negara. Kesemuanya adalah tempat-tempat masyarakat Islam yang benar-benar memerlukan. Apa maksud istilah “benar-benar memerlukan”? Di sinilah bermula program yang dinamakan sebagai Kembara Korban.

Ia trip pelancongan biasa seperti kita ke Korea, China, Jepun, Hong Kong, Maldives dan lain-lain. Namun di dalam kembara korban, ada nilai tambah dan hanya negara-negara tertentu sahaja yang dipilih sesuai matlamatnya. Menyantuni masyarakat Islam di negara-negara yang minoritinya Islam dan hidup dalam keadaan yang jauh lebih susah berbanding kita di Malaysia.

Menyalurkan sumbangan korban yang peserta daftarkan di bawah EZ Qurban kepada masyarakat Islam di Cambodia umpamanya ketika Hari Raya Aidiladha. Menyaksikan sendiri sembelihan dan pengagihan kepada salah satu kelompok masyarakat Islam yang menjadi di antara sekian banyak lokasi agihan di beberapa negara agihan sumbangan korban yang dilaksanakan oleh EZ Qurban. Menyaksikan sendiri kesyukuran dan keceriaan hasil daripada sumbangan korban kita di Malaysia yang hanya setahun sekali berkesempatan mereka terima. Di sinilah istilah “benar-benar memerlukan” itu akan kelihatan dengan jelas. Dengan menyaksikan sendiri sembelihan korban kita di tempat mereka. Itulah di antara matlamat kembara korban. Di samping dapat melancong dengan trip selesa yang kebiasaannya, kita hiasinya dengan sedikit tanggungjawab ummah yang besar nilainya buat saudara kita dan in shaa Allah besar juga nilainya di sisi Allah SWT. Amiin ya Rabbal Alamin.