Pengenalan

EZ Kembara merupakan sebuah syarikat agensi pelancongan yang telah ditubuhkan pada Jun 2013. Syarikat ini adalah rakan niaga bagi syarikat EZ Qurban yang melaksanakan ibadah Aqiqah & Qurban sepanjang tahun ke luar negara. EZ Kembara secara rasminya mendapat lesen pelancongan daripada Kementerian Pelancongan & Budaya pada 2013 untuk inbound, outbound & ticketing.

EZ Kembara semakin berkembang maju bermula dengan membawa peserta ke negara Asia Tenggara seperti Kemboja, Vietnam, Thailand, Myanmar dan sebagainya. Alhamdulillah, setelah mendapat kepercayaan orang ramai, maka kami mengadakan trip ke Turki dan Umrah untuk mengembangkan lagi destinasi pelancongan.

Kelebihan yang kami tawarkan kepada peserta adalah :

  • Kami mempunyai tenaga kerja yang begitu komited dalam membantu anda mendapatkan servis yang terbaik.
  • Mempunyai Ustaz Zamri sebagai Pengurus Umrah – Ustaz Zamri Zainal Abidin – dalam menawarkan perkhidmatan ibadah umrah kepada peserta.
  • Kami bersungguh – sungguh memberikan yang terbaik kepada para peserta.
  • Menawarkan harga pakej yang berpatutan dalam keadaan semasa
  • Solat yang terjaga, makanan yang halal, tazkirah ringkas dan juga sesi taaruf.

Akhir kata, sokonglah syarikat Bumiputera seperti kami yang menyediakan pakej Muslim kepada peserta