KEMBARA KORBAN

Program Kembara Korban dianjurkan oleh syarikat rakan niaga EZ Qurban Sdn. Bhd. dengan kerjasama EZ Kembara Sdn. Bhd.  Program ini saban tahun diadakan bersempena musim Ibadah Korban dan Hari Raya Aidiladha dan ia merupakan program utama sejak dari awal penubuhan syarikat ini.

Apa yang kami cuba ketengahkan melalui pakej Kembara Korban?  Setiap peserta daripada keseluruhan rombongan mempunyai tujuan masing-masing untuk menyertainya. Ada yang datang semata-mata untuk menyaksikan ibadah sembelihan lembu yang mereka ingin laksanakan. Ada yang datang untuk tujuan memberikan semangat dan inspirasi kepada anak-anak mereka agar menghargai hidup yang sedia ada. Ada yang datang untuk cuba merasai suasana awal 80-an dan menghidupkan kembali memori lama. Ada yang datang untuk merasai sendiri perkampungan muslim di perantauan. Ada yang datang untuk merasai kelainan pakej percutian. Ada yang datang untuk merasakan percutian yang diselit program kemasyarakatan. Ada yang datang untuk berkongsi dan memberi sumbangan. Ada yang datang khusus untuk menikmati hikmah Korban dan menjadikan perjalanannya sebagai satu ibrah dan mendapat redha Allah.

Walau apa jua tujuan tersebut, pakej Kembara Korban menyatukan mereka di sini. Keseimbangan dalam keperluan. Apa yang pasti, dengan menyertainya, peserta telah memberikan sesuatu yang berharga untuk diri masing-masing dan masyarakat Islam di luar negara.

Program Kembara Korban sehingga tahun 2017 adalah merupakan tahun yang ke-9 ia dilaksanakan dan semestinya ia adalah pakej kembara paling popular pernah kami adakan. Dan apakah yang menjadi tarikannya? Peserta akan menikmati pengalaman yang amat berharga seperti :

✔ Menunaikan solat sunat Aidiladha di luar negara
✔ Menyantuni masyarakat Islam di negara destinasi
✔ Peluang menyaksikan sendiri proses sembelihan  & agihan daging Ibadah Korban
✔ Meneroka sejarah yang menjadi daya tarikan pelancong di negara destinasi
✔ Ilmu dan 'Ibrah (Pengajaran) yang boleh didapati dalam kembara ini
✔ Ukhuwah yang terjalin sepanjang perjalanan dan bersama masyarakat Islam di luar Negara

Konsep perjalanan program Kembara Korban ini selaras dengan tuntutan syariat yang bertemakan "LANGKAHMU IBADAH, BERTAUT UKHUWAH" dan untuk butiran lanjut mengenai aturcara perjalanan (ittinerary) program ini, sila klik pada pautan di bawah ini.

Pakej Kembara Korban :

1. Phnom Penh, Cambodia
2. Ho Chi Minh – Chau Duc, Vietnam
3. Zamboanga, Filipina
4. Aceh, Indonesia

 

Daftar Korban di:  www.ezqurban.org